Saturday, November 6, 2010

Sekolah Dulu-dulu

Lantana
 Pelbagai warna
Cantik tapi busuk
 Mudah ditanam

 Gambar sekadar hiasan

Minggu pertama aku sekolah, kebetulan sekolah tengah kelam kabut. Ada keluarga murid belasah dan cederakan cikgu lelaki, tak salah namanya Cikgu Rahim. Yang aku tahu anak-anak lelaki dari keluarga ni boleh tahan nakal, tak kira dalam kampong atau di sekolah, bising dan pengotor.

Para cikgu ni pula cuba nak ajar disiplin dan kebersihan; kuku pendik, rambut jangan berkutu, baju dan kasut mesti putih. Kalau cakap guna 'saya' bukan pakai 'aku-engkau' saja, belajar beratur bila beli makanan.

Maklumlah kebanyakan cikgu masa tu duduk di bandar, bersih dan lawa bila datang ke sekolah yang jauhnya 18 km. Kami cukup admire tengok cikgu-cikgu yang wangi tu.
Cikgu lelaki guna rotan atau pembaris kayu panjang semeter bila hukum murid darjah enam yang kepala batu.

Kalau pukul pun hanya di kaki saja, ramai murid tak berani nak mengadu pada ibu bapa. Zaman tu teachers are always right kecualilah beberapa orang macam keluarga murid di atas (kira heboh satu daerah). Minta maaflah cikgu kami bukan tak mahu nampak smart tapi kami selalu sibuk dengan menoreh getah, berkebun dan main lumpur, tak pernah jumpa pemotong kuku, tak ada shampoo dan tak cukup sabun.

Tapi aku tetap ingat dan berterimakasih kepada cikgu pertamaku yang sampai pencen mengajar darjah satu yang murid-muridnya yang comot dan bercakap dalam bahasa Melayu campur Jawa dan Banjar bila sesama mereka.

2 comments:

Encik MamaT said...

hehe... zaman sekolah... memang best....

Sarihani Falahi said...

Yelah.......kekadang bila teringat nak ketawa, ada juga yang nak nangis

Post a Comment