Thursday, November 4, 2010

Wonderful Vanda

Vanda Robert's Delight
V R Delight, close-up
Vanda Sanderiana
Vanda Thananchai x
Vanda Sanderiana
Vanda Dr Anek x
Vanda Britz Heartthrap
Vanda biru

Lima gambar atas diambil sewaktu Agrfest 2010. Gambar Vanda biru diambil di pondok orkidku. Sebenarnya aku takut nak tanam orkid Vanda kerana pertama harganya yang mahal dan kedua lama nak menunggu antara masa berbunga. Tapi apapun orkid Vanda ramai penggemar sebab ia nampak mewah dan spectacular dengan saiz bunganya yang besar. Jadi menjadi satu cabaran juga bagi yang menanam terutama untuk mendapat bunga sekurang-kurangnya tiga kali setahun.

Vanda yang paling sering disebut orang ialah Robert's Delight dengan warna pink kuat hingga hampir maroon, kuning, brownish dan pelbagai rona biru-purple. Bunganya besar dan lebat, hampir 5-6 cm diameter dan menjadi perhatian ramai dalam setiap pameran. Kalau teringin orkid Vanda yang sudah berbunga paling murah RM 70.00. Lagi besar pokok dan dari baka terpilih lagi mahal harganya.

Ramai orang dah berjaya tanam orkid Vanda di rumah masing-masing. Siapa yang tak bangga dan rasa bertuah mempunyai beberapa pokok orkid Vanda yang menjadi idaman kebanyakan penggemar orkid. Satu lagi orang kata, orkid Vanda kuat makan. Maksudnya mesti kerap dibaja, kerana ia satu pelaburan....input bagus maka ouput pun bagus.

1 comments:

Unknown said...

nice pic and good info

Post a Comment