Bird of Paradise
Merah cerah
Separuh kembang
Warna kuning, besar
Warna oren, saiz kecil
Gambar sebagai hiasan
Hadir ke sekolah agama maknanya dapat lebih masa bermain dengan kawan-kawan di sekolah kerana boleh balik lewat petang. Sengaja datang lebih awal dari pukul 3 petang waktu sesi sekolah bermula. Sebelum masuk kelas kami puas dapat main galah panjang; teng-teng atau berjual beli.
Sambil berkumpul beramai-ramai ada juga yang buat transaksi perniagaan secara tukar barang. Aku selalunya membawa beberapa batang tebu. Satu batang tebu, lima biji rambutan boleh ditukar dengan jambu bol (merah bulat) atau jambu susu (putih dan kelat). Ustazah akan goyang loceng macam penjual ais krim dekat depan pintu bilik darjah pada pukul 3 petang dan kami berhenti bermain lalu masuk kelas.
Murid perempuan dan lelaki dalam bangunan yang berasingan. Setiap hari ada belajar fekah, tafsir, sejarah dan tajwid. Dalam kelas budak besar duduk di belakang dan budak kecil duduk di hadapan. Oleh kerana murid bukan dikelaskan mengikut umur jadi yang duduk di belakang ada sudah berumur hampir 15 tahun. Yang duduk di hadapan ialah bmurid-murid yang advance, pandai walaupun umur baru 1010 atau 11 tahun.
Aku selalu kena baca kitab mutalbadrin dalam ejaan jawi cara lama: ba wau mim:bom (sebenarnya bumi), fa ta ya:petai (sebenar-nya peti). Kalau ada praktikal solat kami akan bentang tikar dan buat seorang demi seorang. Ustazah akan letak pembaris panjang semeter di atas belakang murid biar ruku'nya tepat 90 darjah.
Subjek yang buat aku kecut perut ialah bacaan Al Quran dan tajwid kerana ustazah yang mengajar bersuara nyaring dan membawa rotan. Aku selalu kena titik di tapak tangan. Kerana terlalu banyak bermain sekeliling kampung mana sempat nak ulangkaji?
0 comments:
Post a Comment