Salah satu perkara yang banyak guna fikiran ke arah negatif ialah memujuk orang yang merajuk. Bagi yang banyak sabar dan boleh toleransi tidaklah jadi masaalah besar. Katanya biarkan...tak lama lagi oklah dia. Ada orang yang memang suka merajuk, bukan setakat masam muka bahkan menangis mengongoi-ngongoi. Kalau dengan ahli keluarga tahan le sikit tapi bila perangai sudah dibawa ke pejabat buruk benar jadinya.
Namun lebih ramai orang yang tak sabar melayan orang merajuk lalu keadaan akan jadi lebih buruk. Kenapa merajuk??? Merajuk kerana cari perhatian kalau budak-budak, rasa tersinggung kalau orang dah besar atau dewasa dan rasa hilang kuasa kalau warga emas. Orang kata semakin tua semakin kuat rajuknya walau untuk perkara-perkara kecil dan tak munasabah.
Kanak-kanak lebih mudah dibetulkan keadaannya kerana mereka ni berhati suci, lurus jadi kita berikan apa yang mereka minta seperti kasih sayang, permainan atau kemajaan. Riak wajah pun masih jernih dan cute maka ramai yang berebut-rebut hendak memenagi hati si kecil.
Nak tackle orang dewasa dan orang tua memerlukan masa yang panjang, perbelanjaan yang banyak, kata-kata yang lunak serta permohonan maaf dari si pemujuk. Kalau setakat duit, masa dan perkataan rasanya orang tak berapa berkira sangat. Yang payah ialah nak minta maaf dan merendahkan ego sendiri.
Apalagi orang yang merajuk demand perkara yang tak munasabah, saja nak tunjukkan power dan tak boleh bawa berbincang. Tambah ada communication breakdown kerana tak ada yang mahu mengalah atau ambil jalan tengah. Walaupun kemaafan adalah perkataan yang sukar untuk diucapkan namun kita janganlah sampai lebih dari tiga hari tak bercakap......

0 comments:
Post a Comment