Jambak bunga
Cantik
Pink dan putih
Maroon spots
Cantik
Pink dan putih
Maroon spots
Gambar no. 2,3 diambil semasa Agrofest 2010 dan gambar no. 1,4,5 diambil di pondok orkidku. Orkid Cattleya amethystoglossa ialah sejenis Cattleya yang besar kerana pseudobulbnya boleh mencapai 1 meter tinggi. Ia berasal dari daerah Bahia, Brazil. Orkid sympodial ini hidup menumpang pada pokok-pokok yang tinggi untuk mendapatkan udara, cahaya serta kelebapan yang cukup.
Pokok orkid ini mempunyai dua helai daun pada setiap pseudobulb (bifoliate). Tangkai bunganya keluar menengak dari hujung setiap pseudobulb. Setiap tangkai bunga mengandungi 10 hingga 30 kuntum bunga yang berukuran 4 cm hingga 10 cm, bergantung pada kesuburan pokok. Petal dan sepal bunganya berwarna levender, pink lembut atau coklat muda serta mempunyai bintik maroon. Lips bunga pula berwarna lebih cerah.
Ketika Agrofest cuma ada sepokok C amethystoglossa itu pun di gerai jualan. Tertarik dengan jambak bunga yang lebat, warna bunga pink serta pokok yang tinggi aku cepat bertanya pada si penjual.....saya tak tau nama pokok, ambil dari Johor. Yang ini harganya RM 100 tapi ada satu cutting anak pokok dia offer RM 35. Aku ambil bila rasa itu good bargain sebab ada empat pseudobulb dan salah satunya ada kuntum bunga.
Pokok yang aku beli tingginya 30 sm. Aku tanam dalam pasu berisi arang dan sedikit moss. Sekarang ia sudah mengeluarkan akar dan nampaknya tumbuh dengan baik. Cuma kena beri lebih banyak baja agar cepat bertunas baru dan berbunga......

0 comments:
Post a Comment